Wednesday, 17 December 2014






Tahukan anda tentang sinusitis? Ataupun pendeknya dikenali sebagi sinus. Macam pernah dengarkan sinus ni tapi di mana ya J untuk kita sinusitislebih dikenali sebagai resdungdan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat di negara ini.


Apa itu Resdung

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-Tanda Menghidap Resdung
Hidung selalu tersumbat
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Jerawatdi wajah dan belakang badan
Punca Resdung
Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya
Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi
Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi
Menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Komplikasi Sekiranya Resdung Tidak Diatasi/Dikawal
Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
Jangkitan otak (meningitis)
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Memburukkan keadaan lelah
Berdengkur yang kronik
Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
Alahan hidung atau hidung sensitif
Selesema biasa yang melarat.
Petua Mencegah Resdung
Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Rawatan untuk Resdung

Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
Ubat selesema
Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan


Tahukah anda, resdung boleh juga dirawat dengan pengambilan supplemen atau vitamin.
Vitamin dan mineral ini boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan simptom resdung.

Supplemen untuk Rawatan Resdung
Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Tambahan:
VitaLea
Vitamin E
Zinc
ESP/Mealshake


* Vitamin ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5 serangkai – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

0 comments:

Post a Comment