Kejutan besar berlaku dalam undian pusingan pertama Piala FA
2015 yang dijalankan hari ini apabila juara bertahan dan juara Piala Malaysia
Pahang telah diundi bertemu Johor Darul Takzim (JDT).
Pertemuan ini pasti dijadikan misi membalas dendam The
Southern Tigers untuk memadam kekecewaan tewas di tangan Tok Gajah dalam final
Piala Malaysia pada 1 November yang lalu.
Bagi Pahang pula, sudah pasti mereka mahu mengulangi
kejayaan yang menyaksikan Tok Gajah mengecewakan Felda United 2-1. Ianya bukan
mustahil seperti mana mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.
Selain itu skuad Selangor berdepan tugas sulit apabila
diundi berdepan finalis musim lalu Felda United.
Skuad kendalian Mehmet Durakovic perlu bangkit lebih ampuh
musim ini apabila sekadar mara ke pusingan kedua edisi lepas apabila tumpas
ditangan Sarawak.
Dengan ketiadaan Paulo Rangel, The Red Giants perlu
mengharapkan pemain baru untuk memberikan aksi mantap.
Tarikah sepak mula saingan Piala FA 2015 masih belum
diumumkan.
Berikut adalah senarai perlawanan lain.
Pahang lwn Johor Darul Takzim
Selangor lwn Felda United
Sungai Ara FC lwn MISC-MIFA
Negeri Sembilan lwn UITM FC
Pulau Pinang lwn Perlis
PBAPP lwn Sime Darby FC
PDRM lwn Sabah
Sarawak lwn Kelantan
Melaka lwn Terengganu
Shahzan Muda FC lwn Perak
T-Team lwn ATM
PB Melayu Kedah lwn Lions XII
SPA Putrajaya FC lwn Kuantan
PB Hulu Terengganu lwn Kedah
Johor Darul Takzim 2 lwn DRB Hicom FC/PKNS
MOF FC lwn HMC/Kuala Lumpur
0 comments:
Post a Comment